Kepada bekas pelajar SK Tanjung Langsat yang baru saja menjalankan aktiviti berkumpul semula di Sk Tanjung Langsat, Cikgu ucapkan Tahniah atas usaha kalian terutama Emma, Ain, Teha, Din dan lain2 kerana berjaya merancang dan menguruskan pertemuan bekas pelajar ini. Cikgu mohon maaf kerana tak dapat bersama kalian semua pada hari ni kerana ada urusan keluarga. InsyaAllah jika ada keizinan-Nya cikgu akan adakan satu program lain untuk bersama kalian terutama bekas pelajar SK Tg Langsat.Selamat berkumpul semula dan rancanglah aktiviti yang berfaedah untuk kebaikan kalian semua.
KRD'T mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua ahli KRD'T dan individu yang pernah terlibat berprogram bersama KRD'T di tahun 2008 dan 2009. Semoga kekurangan dan kelemahan yang lalu diperbaiki dan dihalusi pada Tahun 2010.
Cadangan aktiviti 2010
Mac Kem Cuti Sekolah 1 1. Berakit menyusur Sungai Johor 2. Latihan Keselamatan Bersama Bomba / PGA
Mei Kembara 1 Malaysia 1. Ekspedisi ke Utara menaiki Keretapi ( Johor Bahru - Kuala Lumpur ) 2. Melawat Putra Jaya
Jun Kem Cuti Sekolah 2 1. Ekspedisi kayak Sg Johor ( Tg Langsat - Teluk Sengat - Tg Surat - Tg Langsat ) 2. Program Cintai Sungai
Julai Sukan Air 2010 ( Bersama JKK Kg Tg Langsat )
Okt Kem Bersama Sk Tg Langsat ( Unit Beruniform )
Nov Ekspedisi Berbasikal Sekitar Pasir Gudang
Semoga cadangan aktiviti dapat dilaksana. Kepada yang berminat untuk mencadangkan aktiviti lain bolehlah menghubungi KRD'T.
Kepada semua terutama Pengakap Laut Taman Air Biru Terima Kasih atas sumbangan tenaga anda sepanjang program. Kepada Allif , Isman dan Amir jangan serik joint KRD'T. Kepada KRD'T tahniah kerana sanggup pikul tugasan yang diamanahkan. InsyaAllah... jika ada program lagi Cikgu turun. Kalau boleh cari dan tambah ahli. Semakin ramai semakin ringan tugasan dapat diselesaikan. InsyaAllah bulan March 2010 ada program untuk dijalankan. Harap KRD'T sentiasa bersedia untuk turun padang. Kepada En Fahmy ( Pengakap Laut ) terima kasih atas kerjasama anda. Jika ada silap salah dan kekurangan sepanjang bersama harap di maafkan. Kepada JKK kampung teruskan dan bangunkan kampung terutama generasi muda. Bak kata pepatah Melayu " Jika melentur buluh biarlah dari rebungnya" Jika ada 10, dapat dibentuk separuh kira ok la tu. Kalau semuanya lagi baik. Terima Kasih semua.
JKK Kg Tanjung Langsat mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua yang terlibat sepanjang Program Gerak Kemas yang berlangsung dari 18 Dis 2009 hingga 20 Dis 2009 di kampung Tg Langsat. KRD'T mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengakap Laut dari Taman Air Biru dan Pertubuhan Silat Sentosa kerana hadir dan memberi sumbangan tenaga dan sokongan sepanjang program berjalan. Kehadiran dan sumbangan anda tidak kami lupakan. JKK Kg Tanjung Langsat dan KRD'T memohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kelemahan dari pihak kami sepanjang bersama 3 hari. Tidak lupa kepada Pihak MPPG, JASA, Bomba Pasir Gudang, Putri Tebrau dan semua yang hadir menjayakan Program berkenaan. TERIMA KASIH kami ucapkan.
Program akan dilaksanakan mengikut jadual pada 18 Dis 2009 hingga 20 Dis 2009. Terima kasih kepada JKKK Kg Tanjung Langsat kerana menjemput kami bersama dalam program ini. Kami berharap program ini mampu mengeratkan lagi perhubungan silaturahim penduduk kampung.
Kepada semua yang berminat... jemputlah ke kampung kami untuk bersama dalam program ini.
Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang kerana telah menyediakan Perkhidmatan Pusat Pengumpulan Sampah ( Tong Sampah ) untuk kegunaan penduduk yang tinggal di sekitar pantai Kg Tanjung Langsat.
Terima kasih juga kepada MPPG kerana menyediakan perhidmatan membersihkan pantai yang kini telah berjalan dengan baik. Pihak JKKK Kg Tanjung Langsat merasa bersyukur di atas perkhidmatan ini kerana sejak ia dijalankan sekitar kawasan pantai mula menunjukkan keceriaan.
Kepada penduduk kampung janganlah dipersiakan dan tidak dihargai perkhidmatan ini. Dan janganlah alasan tiada tempat membuang sampah khas ( dulu ) menjadi alasan untuk membuang segala macam sampah ke dalam laut. Terutama bagi penduduk yang berniaga di pantai. Jika kawasan pantai kotor maka semakin berkuranglah pengunjung yang datang ke Kampung Tanjung Langsat.