Wednesday, December 29, 2010

Laporan Sukan Air 2010

SUKAN AIR

Tahun ni perjalanan sukan air berjalan dengan lancar tiada insiden dan kemalangan yang berlaku. Walupun begitu terdapat beberapa acara yang dibatalkan kerana masalah masa dan keadaan pasang surut air yang tidak dijangka.
Namun begitu tahniah kepada semua jawatankuasa pengurusan dan JKK Kg Tanjung langsat yang dibantu oleh Jawatankuasa MPPG Zon Tg Langsat serta sukarelawan dari Pengakap Laut Taman Air Biru dan KRD'T. Kehadiran dan kerjasama kalian amat membantu perjalanan aktiviti ini.
Para peserta Lumba Kayak sedang bersedia untuk perlumbaan. Penyertaan acara ini amat membagakan. pertandingan dijalankan secara saringan kerana kekurangan peralatan. Terima kasih kepada kelab rekreasi MPPG kerana meminjamkan peralatan kayak. Terima kasih.

Lokasi pertandingan Polo air terpaksa di alih jauh dari pantai kerana air surut awal. Namun begitu acara dapat dijalankan dengan baik. Tahniah kepada En Azhar Bin Dollah penyelaras acara ini kerana dapat menjayakannya walaupun mendapat kekangan pada peringkat awal/
Panorama lokasi aktiviti sukan air. Kelihatan bot penyelamat BOMBA dari balai Bomba Pasir Gudang yang turut sama terlibat menjaga keselamatan peserta sepanjang aktiviti. Terima kasih atas komitmen dan sumbangan pihak Bomba yang menunggu hingga semua acara dijalankan.

Rumusan dari aktiviti ini:

Saya ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakannya. Kehadiran dan penglibatan anda memberi impak yang besar dan contoh yang baik kepada mata masyarakat. Kepada yang berminat untuk bersama-sama pada Tahun 2011, tunggu.... menurut JKK Kampung dan pengerusi Zon Tanjung Langsat, Tahun 2011 aktiviti Sukan air akan diadakan lebih besar dengan penglibatan dari zon yang lain. Jumpa lagi.
Terima Kasih semua....

Thursday, November 25, 2010

Monday, November 22, 2010

SUKAN AIR 2010

Makluman kepada semua...
Mensyuarat penyelarasan terkini ( 21/11/2010) JKK Kg Tanjung Langsat telah memutuskan tarikh aktiviti sukan Air 2010 di tetapkan pada 18 & 19 Dis 2010.

Antara acara yang telah diputuskan dalam mesyuarat adalah seperti berikut:
Sukan Air
1. Lumba Kayak
2. Kayuh Boya
3. Tepuk Bantal
4. Berenang Individu ( Gaya bebas )
5. Berenang bawa bola ( individu & berganti-ganti )
6. Berenang sambil menyelam paling jauh
7. Polo air Lelaki / perempuan terbuka
8. Panjat Tiang Licin Terbuka
9. Panjat tiang licin bawah 12 ( kanak-kanak )
10. Tarik tali dalam air
11.Cabutan Tiket bertuah
Lain-lain
1. Pertandingan karaoke
2. Futsal bawah 15 tahun
3. Pertandingan memancing terbuka
4. Malam kebudayaan

Kepada yang berminat menjadi sukarelawan bolehlah menghubungi C.zaly atau JKK kampung Tg Langsat.

Friday, October 29, 2010

Jom Belia Kampungku

Beginilah keadaannya apabila berlangsung Pesta Sukan Air di Kampung Tanjung Langsat. Ramai yang hadir menyaksikannya. Dari anak kecil hingga yang dewasa mahupun warga emasnya. Meriah sangat... kadangkala aku pun tak kenal anak siapa walau dah 10 tahun di kampung ini.
Ni plak acara panjat tiang licin yang menjadi acara kemuncak setiap kali berlangsung Sukan air. Paling sikit 4 pasukan yang akan menyertainya. Dimana acara ini diubah suai yang mana pemenang dikira sapa sampai atas paling cepat. Hadiah tahun lepas RM 200. Tapi yang pelik masa ni diaorang tak kira tua muda akan bergabung menjadi satu kumpulan. Yang ada tu anak pijak bapak dia pun tak jadi hal punya... peh kagum aku. Mintak2 tahun ni lebih ramai penyertaan kerana hadiah akan di naikkan nilainya. Tak sabar nak tengok.
Ni plak acara lumba kayak terbuka. Ramai yang masuk tahun lepas tapi tak dapat dijalankan kerana masalah air terlalu deras. Kayak yang digunakan tak sesuai untuk pengkayak amatur seperti bader ni. Kayak lumba sukar untuk dikendalikan. Mintak2 tahun ni kayak yang sesuai dapat dipinjam.

Begitulah serba sedikit kenangan Sukan Air tahun lepas. Semoga tahun ni perjalanannya lebih lancar dengan penglibatan tenaga kerja ( sukarelawan ) bukan sukamelawan yang lebih ramai terutama belia kampung tanjung Langsat. Amin....

Monday, October 25, 2010

KENANGAN AKTIVITI 2009 ( SUKAN AIR )

SUKAN AIR TAHUN 2009

Wajah sukarelawan yang kepenatan ( Tahun ni turun balik ) kita buat kerja sama2.
Sementara menunggu arahan bertugas... apalagi pasang badan dulu
Ni la budak sekarang baru sehari dah mesra macam setahun dah kenal.. takpe... ikatan persahabatan ini akan melahirkan rasa sempurna hidup dalam sebuah masyarakat. Tidak ada ertinya jika mempunyai kekayaan, kepandaian dan keistimewaan tapi hidup macam kera sumbang. Marilah kawan2 kita bangunkan komuniti kita,
Wajah ceria sukarelawan walaupun penat mereka terus menjalankan tugas. Walaupun takde ganjaran wang ringgit namun pengalaman yang diperolehi merupakan hadiah untuk seumur hidup. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Jumpa lagi tahun ni dalam Suakan Air 2010

Saturday, October 23, 2010

GERAK TUMPU 2010

JKK Kampung Tanjung Langsat bersama MPPG akan mengadakan program Gerak Tumpu di Kampung Tanjung Langsat berbentuk karnival selama 2 hari mengikut butiran dibawah :

Cadangan

Tarikh : 27 Nov 2010 hingga 28 Nov 2010
Tempat : Pantai Kg Tanjung Langsat

Aktiviti :
1. Bazar jualan
2. Pertandingan Karaoke
3. Futsal
4. Sukaneka
5. Malam kebudayaan 1 Malaysia
6. Sukan Air

kepada yang berminat untuk menyertai dan mencurahkan tenaga ( sukarelawan ) bolehlah menghubungi Cikgu Zaly & JKK Kampung.
Kepada yang ingin berniaga bolehlah menghubungi Tuan Haji Ibrahim ( Ketua Kampung )

Khidmat Masyarakat SKTL 2010

Klik gambar untuk seterusnya

Friday, September 24, 2010

Semakin Ceria

Suasana di perairan berhadapan Kg Tg Langsat semakin sibuk.. namun begitu suasana ini menjadi semakin menarik dengan kehadiran kapal-kapal dan pelantar minyak bersaiz besar. Namun kebelakangan ini sumber pencarian nelayan Kg Tanjung Langsat semakin merosot. Hasil tangkapan amat sedikit... kadang-kadang tiada ( yang merawai & memasang bubu ) . Menjaring udang kadang-kadang dari pagi hingga petang hanya 3 hingga 4 kilo sahaja ( Alhamdulillah.... rezeki )
Agak2 kenapa agaknya....? rezeki laut mereka semakin berkurang....
Pintu masuk kampung... semakin ceria.. tahniah kepada JKK yang bertungkus lumus menjalankan aktiviti keceriaan kampung... kepada anak2 muda kampung turunlah sekali membantu mereka... yang mendapat faedahnya adalah bersama... jangan jaga periuk nasi sendiri sahaja dan tidak menghiraukan jiran yang kelaparan. Ingatlah jiran dan penduduk kampung adalah tanggungjawab kita sebagai mahluk Allah.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya


Kepada semua... Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri... Mohon di maafkan apa jua kesalahan samada yang disengaja atau tidak disengajakan. Halalkan makan minum. Semoga di hari dan bulan yang mulia ini kita mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya.

Monday, August 30, 2010

MERDEKA


Semoga Malaysia tetap aman dan makmur. Kepada semua rakyat Malaysia... janganlah abaikan tanggungjawab dan berbaktilah untuk kemakmuran dan keamanan yang ada walau sekelumit peranan sebagai rakyat Malaysia. Hidupkan... dan bangunkan... perasaan cintakan negara pada diri masing-masing. Jangan sampai kita tersalah langkah seperti Si Kitul... jangan kembalikan penjajah ke negara kita walau apa bentuk jajahan. Samada jiwa atau cara hidup kita...

Wednesday, August 25, 2010

Majlis Berbuka Puasa

MAJLIS BERBUKA PUASA
ANJURAN BERSAMA
:1.JKK MASJID KAMPUNG TANJUNG LANGSAT
2. SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG LANGSAT
3. KEMPAS EDIBLE OIL

TARIKH : 27 OGOS 2010
HARI : JUMAAT
MASA : 04.00 PETANG
TEMPAT : MASJID KAMPUNG TANJUNG LANGSAT

SEMUA PENDUDUK DIJEMPUT HADIR UNTUK BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS BERKENAAN.

ATURCARA MAJLIS :
04.00 PTG : PENYAMPAIAN SUMBANGAN BULAN RAMADHAN OLEH KEMPAS EDIBLE OIL
05.30 : UCAPAN DAN TAKLIMAT
06.00 : BACAAN YASSIN DAN TAHLIL
07.00 : MAJLIS BERBUKA PUASA

Friday, August 20, 2010

Sahabat Joran

Rasanya baru semalam Dia datang. Menabur bakti untuk anak-anak tanjung. Muka selalu lawak jarang-jarang nak meradang. Selalu senyum tutup gigi rompong.
Apa pun terima kasih kepada Cikgu Suhardi atas segala bakti dan budi di sekolah ini. Selamat bertugas di sekolah yang baru. TERIMA KASIH CIKGU......

Sunday, July 18, 2010

KENANGAN ONE NIGHT STANDING 2



SEMOGA AKAN BERSAMA LAGI DALAM AKTIVITI SETERUSNYA

KENANGAN ONE NIGHT STANDING 1


Kepada yang terlibat terima kasih

Latihan Memasak Unit Kokurikulum

klik gambar untuk seterusnya

Saturday, July 17, 2010

Selamat Datang


klik gambar untuk seterusnya

Saturday, June 19, 2010

Sumbangan Port Tanjung Langsat & Johor Corpration ( J'Corp )

Khidmat masyarakat oleh Port Tanjung Langsat & Johor Corpration
Klik gambar untuk berita seterusnya

Thursday, June 17, 2010

Jom Mancing Di Tanjung Langsat

klik gambar untuk berita selanjutnya

Monday, June 14, 2010

Ke Mana Sahabatku

Dulu...
Aku teringin sekali bila melihatnya

Tapi kini dah takde lagi
Tak tau ke mana ia pergi
Atau ia sengaja bersembunyi
Atau hanya untuk melepaskan batuk di tangga

Aku sering tertunggu-tunggu
Bila nak bersama macam dulu

Ke mana kamu semua
Jomla... kita beraktiviti semula

Sunday, June 13, 2010

Aktiviti Bulan Jun

Ader masa jer gi mancing... bawak anak-anak sekali.
Orang sibuk mancing... anak-anak plak sibuk main air. Nasib baik ader anak murid tahun 6 yang sudi jaga anak-anak mandi
Ni plak bekas anak murid yang sanggup temankan memancing. Berbaloi jgak mancing ngan dia orang... ader la 2 kilo dapat ikan. Paling banyak ikan blukang... sedap jgak masak asam pedas...

Bila Nak Beraktiviti Lagi


Gambar semasa bertugas di SKTL.

Sunday, April 25, 2010

Jom Mancing Di Tanjung Langsat

klik gambar untuk seterusnya


Oleh kerana tiada aktiviti kebelakangan ini KRD'T mula mencuba aktiviti baru seperti memancing untuk memenuhi masa lapang dan agar sentiasa berkumpul terutama hari Sabtu dan Ahad.

Saturday, April 17, 2010

Antara Aktiviti Kami...


klik gambar untuk seterusnya

Aktiviti Berkayak Hujung Minggu

Anggota Pengakap Laut... sedang menjalankan latihan mengendalikan Kayak di Pantai Kg Tanjung Langsat
En Fahmi sedang mengawasi anggota Pengakap Laut...
Kepada pengakap laut, KRD'T memohon maaf atas kekurangan kerana tidak dapat bersama-sama dalam aktiviti... InsyaAllah kami akan perbaiki lagi.

Aktiviti Berakit ( One Night Standing )

Pelayaran Bermula...
Tuan Hazli ( Pengakap Laut ) sedang memberi tunjuk ajar kepada peserta
Seronoknya....

Wednesday, March 10, 2010

JOM BERKAYAK KAT TG LANGSAT

KRD'T bercadang mengadakan aktiviti berkayak dan berakit setiap hujung minggu ( Ahad ) di tapak latihan KRD'T kampung tanjung langsat.

Bayaran dikenakan sebanyak RM 10.00 sehari untuk kos makan tengahari dan sewa kayak dan peralatan.

Kepada yang berminat bolehlah menghubungi AJK KRD'T atau menghubungi Ketua Kampung Tanjung Langsat untuk maklumat lengkap.

Monday, February 22, 2010

Lawatan Muhibbah Ke Kampung Parit Kemang

Kepada JKK Kampung Tanjung Langsat...Tahniah kerana dapat menjayakan program ini.

Friday, February 12, 2010

Selamat Bercuti Untuk Warga SKTL

Dari C. Zali ... kepada semua tenaga pengajar... SKTL terima kasih dan Tahniah atas kerjasama sepanjang kejohanan Olahraga SKTL 2010. Kepada rumah sukan dan murid yang berjaya tahniah... yang tidak berjaya... tahun depan cuba lagi. Kepada Cikgu Suhardi... terimalah kenyataan...!!!

Selamat Tahun Baru Cina

Wednesday, February 10, 2010

Thursday, February 4, 2010

Wednesday, February 3, 2010

Kenangan Bersama

" Andai dapat ku ulang semula, kata-kata dan tingkah ku itu, ingin kugamit semula, agar dapat bersamamu semula "

Assalamualaikum... pada semua yang pernah bersama KRD'T sejak dari 2008 - 2009, Di mana kalian??? Mari kita kumpul semula... mencipta kengan bersama... Untuk Adah di KL... lama tak dengar berita?

Tuesday, February 2, 2010

Program JKK 2010

Terbuka untuk penduduk Tg Langsat. Berminat sila hubungi JKK atau Pn Salmah Bt Abas. Bayaran RM 25.00.

Lokasi lawatan
1. Parit Kemang Senggarang
a. Melawat Homestay Contoh
b. Lanskap contoh
c. IKS ( Industri Kecil )
d. Balai Raya contoh
2. Kampung Tengah
a. Melawat perusahan kerepek
b. Taklimat kooperasi
c. Perlawanan persahabatan ( Sepak Takraw & Bola Jaring )
3. Parit Raja
4. Air Hitam