Thursday, January 27, 2011

Di tempat baru


Salam kepada semua pembaca blog saya...


Kini saya telah berubah angin... jauh dari pantai tanjung langsat... masih terlungga-lungga mencari sesuatu yang baru di tempat yang baru...

Inilah yang di namakan penghijrahan... ada seronok ada kesayuan... pada teman-teman di Tanjung Langsat teruskan perjuangan dan dapatkan apa yang di inginkan.


InsyaAllah ada kelapangan saya akan datang jika ada urusan di sana.


Salam dari C Zaly dari Seri Medan Batu Pahat.

Wednesday, December 29, 2010

Laporan Sukan Air 2010

SUKAN AIR

Tahun ni perjalanan sukan air berjalan dengan lancar tiada insiden dan kemalangan yang berlaku. Walupun begitu terdapat beberapa acara yang dibatalkan kerana masalah masa dan keadaan pasang surut air yang tidak dijangka.
Namun begitu tahniah kepada semua jawatankuasa pengurusan dan JKK Kg Tanjung langsat yang dibantu oleh Jawatankuasa MPPG Zon Tg Langsat serta sukarelawan dari Pengakap Laut Taman Air Biru dan KRD'T. Kehadiran dan kerjasama kalian amat membantu perjalanan aktiviti ini.
Para peserta Lumba Kayak sedang bersedia untuk perlumbaan. Penyertaan acara ini amat membagakan. pertandingan dijalankan secara saringan kerana kekurangan peralatan. Terima kasih kepada kelab rekreasi MPPG kerana meminjamkan peralatan kayak. Terima kasih.

Lokasi pertandingan Polo air terpaksa di alih jauh dari pantai kerana air surut awal. Namun begitu acara dapat dijalankan dengan baik. Tahniah kepada En Azhar Bin Dollah penyelaras acara ini kerana dapat menjayakannya walaupun mendapat kekangan pada peringkat awal/
Panorama lokasi aktiviti sukan air. Kelihatan bot penyelamat BOMBA dari balai Bomba Pasir Gudang yang turut sama terlibat menjaga keselamatan peserta sepanjang aktiviti. Terima kasih atas komitmen dan sumbangan pihak Bomba yang menunggu hingga semua acara dijalankan.

Rumusan dari aktiviti ini:

Saya ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakannya. Kehadiran dan penglibatan anda memberi impak yang besar dan contoh yang baik kepada mata masyarakat. Kepada yang berminat untuk bersama-sama pada Tahun 2011, tunggu.... menurut JKK Kampung dan pengerusi Zon Tanjung Langsat, Tahun 2011 aktiviti Sukan air akan diadakan lebih besar dengan penglibatan dari zon yang lain. Jumpa lagi.
Terima Kasih semua....

Thursday, November 25, 2010

Monday, November 22, 2010

SUKAN AIR 2010

Makluman kepada semua...
Mensyuarat penyelarasan terkini ( 21/11/2010) JKK Kg Tanjung Langsat telah memutuskan tarikh aktiviti sukan Air 2010 di tetapkan pada 18 & 19 Dis 2010.

Antara acara yang telah diputuskan dalam mesyuarat adalah seperti berikut:
Sukan Air
1. Lumba Kayak
2. Kayuh Boya
3. Tepuk Bantal
4. Berenang Individu ( Gaya bebas )
5. Berenang bawa bola ( individu & berganti-ganti )
6. Berenang sambil menyelam paling jauh
7. Polo air Lelaki / perempuan terbuka
8. Panjat Tiang Licin Terbuka
9. Panjat tiang licin bawah 12 ( kanak-kanak )
10. Tarik tali dalam air
11.Cabutan Tiket bertuah
Lain-lain
1. Pertandingan karaoke
2. Futsal bawah 15 tahun
3. Pertandingan memancing terbuka
4. Malam kebudayaan

Kepada yang berminat menjadi sukarelawan bolehlah menghubungi C.zaly atau JKK kampung Tg Langsat.

Friday, October 29, 2010

Jom Belia Kampungku

Beginilah keadaannya apabila berlangsung Pesta Sukan Air di Kampung Tanjung Langsat. Ramai yang hadir menyaksikannya. Dari anak kecil hingga yang dewasa mahupun warga emasnya. Meriah sangat... kadangkala aku pun tak kenal anak siapa walau dah 10 tahun di kampung ini.
Ni plak acara panjat tiang licin yang menjadi acara kemuncak setiap kali berlangsung Sukan air. Paling sikit 4 pasukan yang akan menyertainya. Dimana acara ini diubah suai yang mana pemenang dikira sapa sampai atas paling cepat. Hadiah tahun lepas RM 200. Tapi yang pelik masa ni diaorang tak kira tua muda akan bergabung menjadi satu kumpulan. Yang ada tu anak pijak bapak dia pun tak jadi hal punya... peh kagum aku. Mintak2 tahun ni lebih ramai penyertaan kerana hadiah akan di naikkan nilainya. Tak sabar nak tengok.
Ni plak acara lumba kayak terbuka. Ramai yang masuk tahun lepas tapi tak dapat dijalankan kerana masalah air terlalu deras. Kayak yang digunakan tak sesuai untuk pengkayak amatur seperti bader ni. Kayak lumba sukar untuk dikendalikan. Mintak2 tahun ni kayak yang sesuai dapat dipinjam.

Begitulah serba sedikit kenangan Sukan Air tahun lepas. Semoga tahun ni perjalanannya lebih lancar dengan penglibatan tenaga kerja ( sukarelawan ) bukan sukamelawan yang lebih ramai terutama belia kampung tanjung Langsat. Amin....

Monday, October 25, 2010

KENANGAN AKTIVITI 2009 ( SUKAN AIR )

SUKAN AIR TAHUN 2009

Wajah sukarelawan yang kepenatan ( Tahun ni turun balik ) kita buat kerja sama2.
Sementara menunggu arahan bertugas... apalagi pasang badan dulu
Ni la budak sekarang baru sehari dah mesra macam setahun dah kenal.. takpe... ikatan persahabatan ini akan melahirkan rasa sempurna hidup dalam sebuah masyarakat. Tidak ada ertinya jika mempunyai kekayaan, kepandaian dan keistimewaan tapi hidup macam kera sumbang. Marilah kawan2 kita bangunkan komuniti kita,
Wajah ceria sukarelawan walaupun penat mereka terus menjalankan tugas. Walaupun takde ganjaran wang ringgit namun pengalaman yang diperolehi merupakan hadiah untuk seumur hidup. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Jumpa lagi tahun ni dalam Suakan Air 2010

Saturday, October 23, 2010

GERAK TUMPU 2010

JKK Kampung Tanjung Langsat bersama MPPG akan mengadakan program Gerak Tumpu di Kampung Tanjung Langsat berbentuk karnival selama 2 hari mengikut butiran dibawah :

Cadangan

Tarikh : 27 Nov 2010 hingga 28 Nov 2010
Tempat : Pantai Kg Tanjung Langsat

Aktiviti :
1. Bazar jualan
2. Pertandingan Karaoke
3. Futsal
4. Sukaneka
5. Malam kebudayaan 1 Malaysia
6. Sukan Air

kepada yang berminat untuk menyertai dan mencurahkan tenaga ( sukarelawan ) bolehlah menghubungi Cikgu Zaly & JKK Kampung.
Kepada yang ingin berniaga bolehlah menghubungi Tuan Haji Ibrahim ( Ketua Kampung )