Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010


KRD'T mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua ahli KRD'T dan individu yang pernah terlibat berprogram bersama KRD'T di tahun 2008 dan 2009. Semoga kekurangan dan kelemahan yang lalu diperbaiki dan dihalusi pada Tahun 2010.


Cadangan aktiviti 2010

Mac Kem Cuti Sekolah 1
1. Berakit menyusur Sungai Johor
2. Latihan Keselamatan Bersama Bomba / PGA

Mei Kembara 1 Malaysia
1. Ekspedisi ke Utara menaiki Keretapi
( Johor Bahru - Kuala Lumpur )
2. Melawat Putra Jaya

Jun Kem Cuti Sekolah 2
1. Ekspedisi kayak Sg Johor
( Tg Langsat - Teluk Sengat - Tg Surat - Tg Langsat )
2. Program Cintai Sungai

Julai Sukan Air 2010
( Bersama JKK Kg Tg Langsat )

Okt Kem Bersama Sk Tg Langsat
( Unit Beruniform )

Nov Ekspedisi Berbasikal Sekitar Pasir Gudang

Semoga cadangan aktiviti dapat dilaksana. Kepada yang berminat untuk mencadangkan aktiviti lain bolehlah menghubungi KRD'T.

Tuesday, December 22, 2009

Rangkuman Aktiviti Akhir 2009 ( Gerak Kemas )



Kepada semua terutama Pengakap Laut Taman Air Biru
Terima Kasih atas sumbangan tenaga anda sepanjang program. Kepada Allif , Isman dan Amir jangan serik joint KRD'T. Kepada KRD'T tahniah kerana sanggup pikul tugasan yang diamanahkan. InsyaAllah... jika ada program lagi Cikgu turun. Kalau boleh cari dan tambah ahli. Semakin ramai semakin ringan tugasan dapat diselesaikan.
InsyaAllah bulan March 2010 ada program untuk dijalankan. Harap KRD'T sentiasa bersedia untuk turun padang.
Kepada En Fahmy ( Pengakap Laut ) terima kasih atas kerjasama anda. Jika ada silap salah dan kekurangan sepanjang bersama harap di maafkan. Kepada JKK kampung teruskan dan bangunkan kampung terutama generasi muda. Bak kata pepatah Melayu " Jika melentur buluh biarlah dari rebungnya" Jika ada 10, dapat dibentuk separuh kira ok la tu. Kalau semuanya lagi baik. Terima Kasih semua.

Monday, December 21, 2009

TERIMA KASIH






Salam...

JKK Kg Tanjung Langsat mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua yang terlibat sepanjang Program Gerak Kemas yang berlangsung dari 18 Dis 2009 hingga 20 Dis 2009 di kampung Tg Langsat.
KRD'T mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengakap Laut dari Taman Air Biru dan Pertubuhan Silat Sentosa kerana hadir dan memberi sumbangan tenaga dan sokongan sepanjang program berjalan. Kehadiran dan sumbangan anda tidak kami lupakan.
JKK Kg Tanjung Langsat dan KRD'T memohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kelemahan dari pihak kami sepanjang bersama 3 hari.
Tidak lupa kepada Pihak MPPG, JASA, Bomba Pasir Gudang, Putri Tebrau dan semua yang hadir menjayakan Program berkenaan. TERIMA KASIH kami ucapkan.

Sunday, December 6, 2009

PROGRAM BERSAMA MPPG, JASA & JKKK KG. TG. LANGSAT

Alhamdulillah...

Program akan dilaksanakan mengikut jadual pada 18 Dis 2009 hingga 20 Dis 2009. Terima kasih kepada JKKK Kg Tanjung Langsat kerana menjemput kami bersama dalam program ini. Kami berharap program ini mampu mengeratkan lagi perhubungan silaturahim penduduk kampung.

Kepada semua yang berminat... jemputlah ke kampung kami untuk bersama dalam program ini.

JADUAL PERJALANAN PROGRAM



HARI PERTAMA



TARIKH MASA AKTIVITI





1. Perkhemahan Remaja
18-Dis-09 02.00 ptg - 03.00 ptg a. Pendaftaran


b. Taklimat dan suaikenal


c. Memasang khemah penginapan

04.00 ptg d. Solat Asar


e. Riadah ( berkayak )

07.00 ptg f. Solat Maghrib


g. Makan Malam


h. Solat Isyak




08.30 mlm - 11.00 mlm 2.Raptai Persembahan Kebudayaan


a. Latihan semua yang telibat dengan persembahan






HARI KEDUA



TARIKH MASA AKTIVITI



19-Dis-09 08.00 pagi - 09.00 pagi 3. Program mesra rakyat ( bersama pemimpin )


Aktiviti


a. Senamrobik


b. Gotong royong membersihkan sungai dan taliair


c. Gotong royong membersihkan Pantai


d. Memasang papan tanda peringatan


e. Menanam pokok hiasan


f. Pertandingan mewarna ( bawah 12 tahun )



TARIKH MASA AKTIVITI





4. UPACARA PERASMIAN.

10.00 pagi - 12.00 pagi Aktiviti


a. Bacaan Doa


b. Ucapan Aluan


c. Ucapan Perasmian


d. Penyampaian hadiah ( mewarna )


e. Lawatan ke tapak pameran & gerai jualan


f. Jamuan




12.00 pagi - 02.00 ptg REHAT




02.00 ptg - 05.00 ptg 5. PERSAHABATAN SEPAK TAKRAW


a. Pemuda UMNO Tg Langsat vs Pemuda UMNO Tebrau


6. PERSAHABATAN BOLA JARING


a. Puteri UMNO Tg Langsat vs Puteri UMNO Tebrau

05.00 ptg REHAT




08.30 mlm - 11.00 mlm 7. PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN






HARI KETIGA



TARIKH MASA AKTIVITI



20-Dis-09 08.00 pagi - 12.30 tgh 8. SUKAN AIR DAN DARAT





Aktiviti Air


a. Pertandingan Kayak


b. Pertandingan Tepuk Bantal


c. Pertandingan Kayuh Perahu


d. Pertandingan Berenang 50 meter


e. Pertandingan menyelam





Aktiviti Darat


a. Pertandingan Street Soccer ( liga kumpulan )


b. Pertandingan Bola Jaring ( liga kumpulan )


c. Pertandingan Sepak Takraw ( liga kumpulan )




12.30 tgh - 02.00 ptg REHAT




02.00 ptg - 05.30 ptg Aktiviti Air


a. Pertandingan panjat tiang licin


b. Pertandingan Bot Berhias


c. Pertandingan Tangkap Itik





Aktiviti Darat


a. Separuh Akhir Street Soccer


b. Separuh Akhir Bola Jaring


c. Separuh Akhir Sepak Takraw


d. Akhir Street Soccer


e. Akhir Bola Jaring


f. Akhir Sepak Takraw




05.30 - 06.00 9. PERASMIAN PENUTUP


a. Ucapan aluan


b. Ucapan Perasmian Penutup


c. Penyampaian Hadiah


d. Nyanyian Lagu Negaraku


e. Jamuan dan bersurai