Thursday, May 7, 2009

BERITA KAMPUNG ( BULAN MEI )



1. Penyelenggaraan Pantai ( MPPG )

Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang kerana telah menyediakan Perkhidmatan Pusat Pengumpulan Sampah ( Tong Sampah ) untuk kegunaan penduduk yang tinggal di sekitar pantai Kg Tanjung Langsat.

Terima kasih juga kepada MPPG kerana menyediakan perhidmatan membersihkan pantai yang kini telah berjalan dengan baik. Pihak JKKK Kg Tanjung Langsat merasa bersyukur di atas perkhidmatan ini kerana sejak ia dijalankan sekitar kawasan pantai mula menunjukkan keceriaan.

Kepada penduduk kampung janganlah dipersiakan dan tidak dihargai perkhidmatan ini. Dan janganlah alasan tiada tempat membuang sampah khas ( dulu ) menjadi alasan untuk membuang segala macam sampah ke dalam laut. Terutama bagi penduduk yang berniaga di pantai. Jika kawasan pantai kotor maka semakin berkuranglah pengunjung yang datang ke Kampung Tanjung Langsat.

______________________________________________

2. Projek naik taraf Sungai
klik untuk selanjutnya


____________________________________________________

3. KHIDMAT MASYARAKAT BALAI BOMBA PASIR GUDANG

No comments:

Post a Comment