Wednesday, December 29, 2010

Laporan Sukan Air 2010

SUKAN AIR

Tahun ni perjalanan sukan air berjalan dengan lancar tiada insiden dan kemalangan yang berlaku. Walupun begitu terdapat beberapa acara yang dibatalkan kerana masalah masa dan keadaan pasang surut air yang tidak dijangka.
Namun begitu tahniah kepada semua jawatankuasa pengurusan dan JKK Kg Tanjung langsat yang dibantu oleh Jawatankuasa MPPG Zon Tg Langsat serta sukarelawan dari Pengakap Laut Taman Air Biru dan KRD'T. Kehadiran dan kerjasama kalian amat membantu perjalanan aktiviti ini.
Para peserta Lumba Kayak sedang bersedia untuk perlumbaan. Penyertaan acara ini amat membagakan. pertandingan dijalankan secara saringan kerana kekurangan peralatan. Terima kasih kepada kelab rekreasi MPPG kerana meminjamkan peralatan kayak. Terima kasih.

Lokasi pertandingan Polo air terpaksa di alih jauh dari pantai kerana air surut awal. Namun begitu acara dapat dijalankan dengan baik. Tahniah kepada En Azhar Bin Dollah penyelaras acara ini kerana dapat menjayakannya walaupun mendapat kekangan pada peringkat awal/
Panorama lokasi aktiviti sukan air. Kelihatan bot penyelamat BOMBA dari balai Bomba Pasir Gudang yang turut sama terlibat menjaga keselamatan peserta sepanjang aktiviti. Terima kasih atas komitmen dan sumbangan pihak Bomba yang menunggu hingga semua acara dijalankan.

Rumusan dari aktiviti ini:

Saya ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakannya. Kehadiran dan penglibatan anda memberi impak yang besar dan contoh yang baik kepada mata masyarakat. Kepada yang berminat untuk bersama-sama pada Tahun 2011, tunggu.... menurut JKK Kampung dan pengerusi Zon Tanjung Langsat, Tahun 2011 aktiviti Sukan air akan diadakan lebih besar dengan penglibatan dari zon yang lain. Jumpa lagi.
Terima Kasih semua....