Thursday, March 26, 2009

KEM KEPIMPINAN

Rakaman peristiwa Perkhemahan Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi anjuran KRD'T dan JKKK Kampung Tanjung Langsat pada tahun 2008.
Ini merupakan perkhemahan anjuran kelab kali pertama melibatkan peserta remaja ( sekolah menengah ) Kampung Tanjung Langsat dan Kota Masai.
Terima kasih kepada yang terlibat memberi sokongan perkhemahan ini terutama UMNO Cawangan Kg Tg Langsat dan UMNO Cawangan Kota Masai ( Jalan Nenas dan Tembikai ) atas sumbangan tenaga dan wang ringgit.
Tidak lupa juga kepada Cikgu Zali kerana mengendalikan dan memberi tunjuk ajar sepanjang perkhemahan ini. Terutama nasihat dan ilmu yang diberikan.
Kepada rakan-rakan peserta, kenangan sepanjang tiga hari tidak akan dilupakan. semoga akan bertemu lagi.

Wednesday, March 25, 2009

Tanjung Langsat





Sambungan kenangan di Kampung Tanjung Langsat semasa perkhemahan pada bulan Mac 2009. Kepada peserta semoga kenangan manis / pahit tidak dilupakan. We Miss U...



Saturday, March 21, 2009

tanjung langsat kem


KEM 2008 DI TANJUNG LANGSAT




KEM KRD'T 2009

Sebahagian daripada rakaman peristiwa sepanjang perkhemahan untuk tatapan peserta. Paparan sepenuhnya bolehlah menghubungi Emma atau Din.

Friday, March 20, 2009

2008 DALAM KENANGAN

Tahun 2008 merupakan tahun memperkenalkan KRD'T kepada warga Kg Tanjung Langsat. Beberapa aktiviti telah diilhamkan dan dirancang oleh Cikgu Zali untuk tatapan warga Tg Langsat. Kesemua aktiviti mendapat mandat dari JKKK kg dan diserahkan bulat-bulat kepada Cikgu Zali untuk mengendalikannya. Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik walaupun ada beberapa kekurangan.


AKTIVITI 1

Klinik Kayak
Klinik dijalankan sebelum Pesta Sukan Air 2008. Peralatan Kayak dipinjam dari MPPG ( PBT Pasir Gudang dulu )




AKTIVITI 2
Sukan air - KRD'T mengendalikan acara Lumba Kayak dan Tiang Licin


AKTIVITI 3

Gotong Royong - Menaik taraf pantai Kg Tanjung Langsat sebelum Pesta Sukan Air.


AKTIVITI 4

Konvoi Merdeka - mengadakan konvoi membawa Jalur Gemilang sekitar Kampung Tg Langsat dan Kawasan Perindustrian Tg Langsat sempena Bulan Kemerdekaan



AKTIVITI 5


Pertandingan Bola Sepak 6 sebelah



Aktiviti lain KRD'T dalam tahun 2008

6. Mengendalikan perkhemahan Tahunan Sekolah Kebangsaan Tanjung Langsat
7. Bengkel membina rakit dan berakit di Sungai Tiga
8. Mengadakan Perkhemahan Jati Diri untuk Remaja Kg Tg Langsat.
9. Kem Ibadat dan Sahsiah bersama JKK Masjid Kg Tg Langsat
10. Gotong Royong membersihkan Tanah Perkuburan.

TARIAN & WARISAN

TARIAN ZAPIN

Merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan dan dikelolakan oleh KRD'T. Latihan dan pengurusan aktiviti ini diselaraskan oleh Pn Salmah Abbas ( Biro Wanita JKKK Tg Langsat ). Tenaga pengajar yang terlatih ( Cikgu Hafiz ) merupakan jurulatih tarian Yayasan Warisan Johor. Setakat ini kumpulan tarian ini telah menerima anugerah Persembahan terbaik dari Yayasan Warisan Johor di Majlis Kembara Mahkota di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Kumpulan ini pernah dipanggil untuk mengadakan persembahan di Majlis majlis Rasmi UMNO Tebrau dan UMNO negeri Johor. Aktiviti yang kerap dijalankan adalah mengadakan persembahan di Majlis Kenduri Kahwin sekitar Pasir Gudang.












KEM CUTI SEKOLAH

TARIKH : 13 MAC 2009 HINGGA 15 MAC 2009
TEMPAT : KG TANJUNG LANGSAT
JUMLAH PENYERTAAN : 30 ORANG


AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1. LDK
2. MOONWALKING
3. EXPLORE RACE
4. TREASURE HUNT
5. PERTANDINGAN MEMASAK
6. POLO AIR
7. KHIDMAT MASYARAKAT


Ringkasan Perkhemahan


Hari Pertama (13 MAC 2009 )

2.00 ptg hingga 06.00 ptg - Pendaftaran peserta







Peserta datang dari sekitar Pasir Gudang. ( 14 thn hingga 20 thn ). Tinggal di Taman Pasir Putih , Taman Kota Masai & Kg Pasir Putih



Selepas pendaftaran, peserta dikehendaki mendirikan khemah yang disediakan oleh urusetia ( 3 org per khemah )



09.00 mlm hingga 10.00 mlm - 1. Ice Breaking 2. LDK ( membina negara )



10.00 mlm hingga 11.30 mlm - Moon Walking



Hari Kedua ( 14 Mac 2009 )


08.30pagi hingga 11.00 pagi - 1. Menyediakan tempat memasak 2. Pertandingan Memasak



11.30 pagi hingga 01.00 ptg - 1. Aktiviti air ( Polo Air )



09.00 mlm hingga 11.30 mlm - 1. Kompas 2. Treasure Hunt





HARI KE-3 ( 15 Mac 2009 )


08.00 pagi hingga 10.00 pagi - 1. Menyertai Majlis Maulidurrasul Kg Tg Langsat




10.00 pagi hingga 12.00 tgh - 1. Mengemas tapak khemah 2. Jamuan 3. Bersurai





JKKK dan Kelab KRD'T mengucapkkan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan urusetia yang terlibat dalam Perkhemahan ini. Jumpa Lagi

PENGENALAN

Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2008 di bawah naungan JKKK Kampung Tanjung Langsat. Nama KRD'T ( KELAB REKREASI D'TANJUNG ) diilhamkan oleh penyelaras pertama Kelab iaitu Cikgu Zali. Beliau merupakan Pengerusi Biro Belia JKKK Kg. Tanjung Langsat.
Tujuan penubuhan kelab adalah memberi peluang kepada setiap Belia dan Remaja Kg Tanjung Langsat menyertai aktiviti yang lebih berfaedah dan tersusun. Semua aktiviti kelab ini di selenggara oleh JKKK terutama Biro Belia.
Semenjak Penubuhannya, bilangan ahli tetap dan aktif sekitar 20 orang, kebanyakan ahli terdiri dari pelajar sekolah menengah ( penduduk kg ) dan sedikit dali golongan belia kampung. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan seperti Berkayak, Berakit dan Berkhemah.

Carta Organisasi KRD'T

PENASIHAT
TUAN HAJI IBRAHIM BIN RAMLI
( Ketua Kampung Tg Langsat )
PENYELARAS
MOHD GHAZALI BIN MOHAMED
( Biro Belia JKKK )
PENGERUSI
ARIFFUDIN B JAMIAN
SETIAUSAHA
AWEEN BT IBRAHIM
BENDAHARI
SYUHADAH BT YUKOP
AJK
NASHARUDDIN B TOHED
AZHARI B AZIZ
AKMAL B FATAHILLAH
NASHRUDDIN B SAID
EMA BT DALI
AZAH BT AZIZ
NURINA BT HAMID
SABARIAH BT ALI