Friday, September 24, 2010

Semakin Ceria

Suasana di perairan berhadapan Kg Tg Langsat semakin sibuk.. namun begitu suasana ini menjadi semakin menarik dengan kehadiran kapal-kapal dan pelantar minyak bersaiz besar. Namun kebelakangan ini sumber pencarian nelayan Kg Tanjung Langsat semakin merosot. Hasil tangkapan amat sedikit... kadang-kadang tiada ( yang merawai & memasang bubu ) . Menjaring udang kadang-kadang dari pagi hingga petang hanya 3 hingga 4 kilo sahaja ( Alhamdulillah.... rezeki )
Agak2 kenapa agaknya....? rezeki laut mereka semakin berkurang....
Pintu masuk kampung... semakin ceria.. tahniah kepada JKK yang bertungkus lumus menjalankan aktiviti keceriaan kampung... kepada anak2 muda kampung turunlah sekali membantu mereka... yang mendapat faedahnya adalah bersama... jangan jaga periuk nasi sendiri sahaja dan tidak menghiraukan jiran yang kelaparan. Ingatlah jiran dan penduduk kampung adalah tanggungjawab kita sebagai mahluk Allah.

No comments:

Post a Comment