
Tahun ni perjalanan sukan air berjalan dengan lancar tiada insiden dan kemalangan yang berlaku. Walupun begitu terdapat beberapa acara yang dibatalkan kerana masalah masa dan keadaan pasang surut air yang tidak dijangka.
Namun begitu tahniah kepada semua jawatankuasa pengurusan dan JKK Kg Tanjung langsat yang dibantu oleh Jawatankuasa MPPG Zon Tg Langsat serta sukarelawan dari Pengakap Laut Taman Air Biru dan KRD'T. Kehadiran dan kerjasama kalian amat membantu perjalanan aktiviti ini.




Rumusan dari aktiviti ini:
Saya ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakannya. Kehadiran dan penglibatan anda memberi impak yang besar dan contoh yang baik kepada mata masyarakat. Kepada yang berminat untuk bersama-sama pada Tahun 2011, tunggu.... menurut JKK Kampung dan pengerusi Zon Tanjung Langsat, Tahun 2011 aktiviti Sukan air akan diadakan lebih besar dengan penglibatan dari zon yang lain. Jumpa lagi.
Terima Kasih semua....