Friday, March 20, 2009

TARIAN & WARISAN

TARIAN ZAPIN

Merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan dan dikelolakan oleh KRD'T. Latihan dan pengurusan aktiviti ini diselaraskan oleh Pn Salmah Abbas ( Biro Wanita JKKK Tg Langsat ). Tenaga pengajar yang terlatih ( Cikgu Hafiz ) merupakan jurulatih tarian Yayasan Warisan Johor. Setakat ini kumpulan tarian ini telah menerima anugerah Persembahan terbaik dari Yayasan Warisan Johor di Majlis Kembara Mahkota di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Kumpulan ini pernah dipanggil untuk mengadakan persembahan di Majlis majlis Rasmi UMNO Tebrau dan UMNO negeri Johor. Aktiviti yang kerap dijalankan adalah mengadakan persembahan di Majlis Kenduri Kahwin sekitar Pasir Gudang.












No comments:

Post a Comment