Friday, October 29, 2010

Jom Belia Kampungku

Beginilah keadaannya apabila berlangsung Pesta Sukan Air di Kampung Tanjung Langsat. Ramai yang hadir menyaksikannya. Dari anak kecil hingga yang dewasa mahupun warga emasnya. Meriah sangat... kadangkala aku pun tak kenal anak siapa walau dah 10 tahun di kampung ini.
Ni plak acara panjat tiang licin yang menjadi acara kemuncak setiap kali berlangsung Sukan air. Paling sikit 4 pasukan yang akan menyertainya. Dimana acara ini diubah suai yang mana pemenang dikira sapa sampai atas paling cepat. Hadiah tahun lepas RM 200. Tapi yang pelik masa ni diaorang tak kira tua muda akan bergabung menjadi satu kumpulan. Yang ada tu anak pijak bapak dia pun tak jadi hal punya... peh kagum aku. Mintak2 tahun ni lebih ramai penyertaan kerana hadiah akan di naikkan nilainya. Tak sabar nak tengok.
Ni plak acara lumba kayak terbuka. Ramai yang masuk tahun lepas tapi tak dapat dijalankan kerana masalah air terlalu deras. Kayak yang digunakan tak sesuai untuk pengkayak amatur seperti bader ni. Kayak lumba sukar untuk dikendalikan. Mintak2 tahun ni kayak yang sesuai dapat dipinjam.

Begitulah serba sedikit kenangan Sukan Air tahun lepas. Semoga tahun ni perjalanannya lebih lancar dengan penglibatan tenaga kerja ( sukarelawan ) bukan sukamelawan yang lebih ramai terutama belia kampung tanjung Langsat. Amin....

Monday, October 25, 2010

KENANGAN AKTIVITI 2009 ( SUKAN AIR )

SUKAN AIR TAHUN 2009

Wajah sukarelawan yang kepenatan ( Tahun ni turun balik ) kita buat kerja sama2.
Sementara menunggu arahan bertugas... apalagi pasang badan dulu
Ni la budak sekarang baru sehari dah mesra macam setahun dah kenal.. takpe... ikatan persahabatan ini akan melahirkan rasa sempurna hidup dalam sebuah masyarakat. Tidak ada ertinya jika mempunyai kekayaan, kepandaian dan keistimewaan tapi hidup macam kera sumbang. Marilah kawan2 kita bangunkan komuniti kita,
Wajah ceria sukarelawan walaupun penat mereka terus menjalankan tugas. Walaupun takde ganjaran wang ringgit namun pengalaman yang diperolehi merupakan hadiah untuk seumur hidup. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Jumpa lagi tahun ni dalam Suakan Air 2010

Saturday, October 23, 2010

GERAK TUMPU 2010

JKK Kampung Tanjung Langsat bersama MPPG akan mengadakan program Gerak Tumpu di Kampung Tanjung Langsat berbentuk karnival selama 2 hari mengikut butiran dibawah :

Cadangan

Tarikh : 27 Nov 2010 hingga 28 Nov 2010
Tempat : Pantai Kg Tanjung Langsat

Aktiviti :
1. Bazar jualan
2. Pertandingan Karaoke
3. Futsal
4. Sukaneka
5. Malam kebudayaan 1 Malaysia
6. Sukan Air

kepada yang berminat untuk menyertai dan mencurahkan tenaga ( sukarelawan ) bolehlah menghubungi Cikgu Zaly & JKK Kampung.
Kepada yang ingin berniaga bolehlah menghubungi Tuan Haji Ibrahim ( Ketua Kampung )

Khidmat Masyarakat SKTL 2010

Klik gambar untuk seterusnya